Sunday, May 2, 2010

Adakah jenama Chery mampu bertahan di Malaysia ?

Ya. Saya yakin dan amat optimis Chery Alado akan bertahan di Malaysia dan menjadi pemain utama atas sebab- sebab berikut


1) Chrery Alado dimiliki 20% sahamnya oleh LTAT ( Lembaga Tabung Angkatan Tentera ).

Untuk makluman fungsi LTAT adalah menyamai fungsi KWSP tetapi LTAT hanya bertanggungjawab terhadap skim simpanan warga tentera. Apa yang menarik LTAT secara konsisten berjaya membayar dividen tahunan 15% jauh lebih cemerlang berbanding KWSP di bawah 5%.

LTAT juga adalah pemilik kepada GLC unggul seperti Affin Bank, Boustead dan sebagainya.

Pelaburan 20% LTAT dalam Chery Alado sudah cukup membuktikan LTAT mempercayai Chery Alado adalah satu perniagaan yang menguntungkan dan boleh bergerak jauh di Malaysia.


2) 50 % saham dalam Chery Alado dimiliki secara langsung oleh Chery Automobile iaitu syarkat induk Chery di China dan seluruh dunia.Ini bermaksud Chery Alado dikawal secara langsung oleh Chery Automobile di China.


3) baki 30% saham Chery Alado lagi dimiliki oleh bekas pemenang anugerah usahawan Ernst and Young iaitu Tan Sri Dr Cham Soh iaitu pengasas BSA International Berhad.

Untuk makluman, BSA International adalah antara pengeluar utama " alluminum alloy wheels " di dunia dengan produknya berjaya menembusi 60 negara dengan penjualan tahunan melebihi 1, 100, 000.


4) persahabatan Malaysia - China

sudah tentu jalinan mesra hubungan China dan Malaysia akan memberi banyak kelebihan kepada Chery untuk bersaing di Malaysia.

Apa yang menarik saya difahamkan, Chery mendapat keistimewaan membayar cukai import lebih rendah berbanding jenama- jenama lain dari luar negara. Oleh kerana itu Chery dapat dijual pada harga lebih rendah berbanding pesaingnya. Apatah lagi jika ia dipasang di Malaysia. Sudah tentu ia dapat mengelak sebahagian besar cukai import yang dikenakan dimana cukai import sebahagian besarnya mencecah 300%.



KESIMPULAN



Berdasarkan fakta- fakta berikut, pada pandangan peribadi saya Chery Alado Malaysia insyaallah mampu bertahan pada jangka masa lama.

Dengan harga kenderaan Chery yang lebih murah 30% berbanding pesaingnya , sudah tentu lebih mudah untuk Chery dijual di Malaysia menandingi jenema Honda, Nissan, Kia dan Toyota yang begitu sinonim dengan pasaran Malaysia.

Tidak mustahil jika saya katakan, pada 7 tahun akan datang nama Tan Sri Dr Cham Soh akan setaraf dengan nama pemain utama automatif di Malaysia seperti mendiang Boon Siew ( Honda ), Tan Chong ( Nissan ) dan Allahyarham S.M Nasimudin ( NAZA ).

No comments:

Post a Comment