Sunday, May 2, 2010

Chery Eastar MPV/ Crossover bernilai untuk nilai wang saya. Kenapa ?





Inilah MPV yang baru dibeli dan ia dibeli setelah meneliti beberapa sebab dan berpendapat ia mempunyai kelebihan pada perkara- perkara berikut berbanding MPV dalam kelasnya iaitu





1) rupa bentuk amat menawan lebih - lebih lagi selepas diletakkan bodykit, menggantikan ekzos dan tinted. Terima kasih kepada Pininfarina, firma terkenal dari Itali yang merekabentuk crossover ini. Untuk rekod, Pininfarina juga merekabentuk model-model dari jenama global seperti Ferrari, Audi dan Alfa Romeo.




2) harga murah oleh kerana ia dibawa masuk ke Malaysia secara CKD ( pasang di Malaysia), maka sebahagian cukai/ duti dapat dikecualikan.

Di China ia dijual antara harga RM 56, 000. 00 - RM 75, 000. 00 bergantung kepada spesifikasi dan enjin.

Di singapura pula ia dijual lebih mahal berbanding Toyota Wish 1.8 x ( A ) baru, Honda Stream RSZ baru dan Honda Freed baru. Untuk perbandigan di Singapura Chery Eastar yang dikenali sebagai Chery V5 Crossover di Singapura dijual pada harga $ 79, 999 ( lebih kurang RM 191, 997. 60 ).

Ia hanya lebih murah berbanding Toyota Wish 2009 yang belum memasuki pasaran Malaysia sehingga artikel ini ditulis dimana ia dijual pada harga $ 82, 000. 00 ( RM 196, 800. 00 ).

Honda Stream RSZ pula dijual pada harga $ 74, 000. 00 ( RM 177, 600. 00 ), Honda Freed dijual pada harga $ 72, 000. 00 ( RM 172, 800. 00 ) manakala Toyota Wish 1.8 x ( A ) yang digilai di Malaysia termasuk saya dijual pada harga $ 67, 000 ( RM 160, 800. 00 ).

Anda boleh rujuk di sini. Data ini saya perolehi dari laman web sgcarmart.com, iaitu salah satu laman kereta paling popular di Singapura pada tarikh 9 julai 2009. Saya mengambil kira kadar tukaran wang Malaysia kepada Singapura pada kadar RM 1. 00 = $ Singapura 2.398.

Terima kasih pada Chery Alado Malaysia kerana membawa masuk MPV hebat ini secara CKD ( dipasang di Malaysia ) oleh kerana melalui cara ini, sebahagian cukai import yang dikenakan kerajaan Malaysia ke atas kereta luar dapat dielakkan. Maka ramai rakyat Malaysia berkemampuan membeli kereta berharga RM 191, 997. 60 ( termasuk cukai ) pada harga hanya RM 82, 888. 00 ( harga selepas diskaun RM 7, 000. 00 )


3) keselesaaan ruang dalaman

Dengan ukuran 4662 mm panjang, 1820 mm lebar dan 1590 mm tinggi, ia adalah sebuah MPV yang lebih luas dibandingkan Toyota Wish 1.8 x ( A ), Honda Stream RSZ, Proton Exora, Nissan Grand Livina, Naza Citra Rondo 2.o. Ia hanya lebih pendek di bahagian penyimpanan barangan berbanding Mitsubishi Grandis yang mempunyai ukuran panjang 4780 mm. Apa sekalipun ia menjuarai Mitsubishi Grandis jika ukuran lebar diambil kira dimana Mitsubisi Grandis lebarnya hanya 1795 mm.


4) enjin mitsubishi dengan cc besar ( 2400 cc )

Enjin mitsubishi 4g64 dengan 2400 cc amat sesuai untuk menggerakkan MPV sebesar ini. Walaupun enjin 4g64 adalah sebuah enjin lama berbanding enjin 2.4 dengan teknologi MIVEC yang digunakan Mitsubishi Grandis terbaru iaitu enjin mitsubishi 4g69, namun ia terbukti sebagai sebuah enjin yang mampu menyaingi MPV mewah lain seperti Toyota Estima, Honda Odyssey apatah lagi Honda Stream RSZ, Toyota Wish, Nissan Grand Livina, Proton Exora dan seumpamnya.

Apa yang saya fahami bagi sesebuah MPV tork adalah lebih penting berbanding hp ( kuasa kuda). Ini kerana MPV digunakan untuk mengangkat beban yang banyak berbeza sama sekali dengan sedan. Oleh sebab itulah kebanyakan model SUV dan pick up seperti Mitsubishi Pajero Sport, Mitsubishi Triton dan Toyota Hilux lebih mementingkan tork yang tinggi berbanding hp.

Berminat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai enjin mitsubishi 4g64, sila KLIK DI SINI.


5) sistem gear stepronic ( gabungan auto dan manual dengan 4 kelajuan )

Dengan sistem gear stepronic, sudah tentu mendaki bukit bukan menjadi masalah kepada MPV ini hatta Genting Highland dan Cameron Highland sekalipun. Anda boleh menggunakan gear manual apabila ingin mendaki bukit. Penggunaan gear manual lebih lancar dan lebih pick up berbanding gear automatik. Tambahan ia dikuasakan dengan enjin Mitsubishi 4G64 dengan kapasiti 2400 cc yang mempunyai torque yang amat tinggi. Apa sekalipun walaupun mengekalkan gear automtik, tidak ada masalah untuk mendaki bukit seperti cameron highland.



kalau disarungkan tombol gear nya, kan tampak lebih cantik


6) Lengkap dengan sistem ABS dan EBD

Degan sistem ABS dan EBD, anda masih dapat mengawal kenderaan anda untuk membelok kekiri atau kekanan ketika situasi memerlukan anda membrake secara mengejut. Turning rationya juga kecil berbanding MPV saingannya. Oleh yang demikian, ia mampu membuat U turn amat cemerlang sebagaimana kereta sedan. Bahkan penulis laman kereta-info mengatakan Chery Eastar lebih mudah membuat U turn berbanding Proton Waja. Malang sekali tidak dibekalkan dengan ESP yang ada pada model-model seperti Honda Stream RSZ dan Honda Odyssey.




7) spare part murah dan senang cari

Enjin mitsubishi berlambak - lambak digunakan di Malaysia. Berkenaan spare part, Chery Alado mempunyai kilang pemasangan yang dikongsi bersama Hyundai di Johor. Apatah lagi menjelang hujung tahun 2010 Chery Alado akan mempunyai sebuah kilang pemasangan di Pekan, Pahang yang mampu memasang 100, 000 kenderaan setahun. Jadi spare part bukan satu masalah. Anda boleh semak harga spare part Chery di pusat-pusat servis, bolehlah dikatakan spare part nya antara yang paling murah dalam pasaran Malaysia bahkan spare part tertentu yang lebih murah berbanding spare part kenderaan jenama nasional.


8) boleh upgrade ke enjin Mitsubishi 4g63T EVO ataupun enjin 4g69 yang menggunakan teknologi MIVEC. Nak letak turbo pun no hal la. Diketahui enjin mitsubishi 4G63T mempunyai kuasa kuda ( hp ) dan kuasa tujahan ( tork ) yang tinggi. Apapun bagi yang berniat menukar power train, diminta juga meningkatkan sistem brake, suspensi dan lain2. Nasihat pakar diperlukan dan ujian dyno eloklah dilakukan. Ujian dyno yang dilakukan oleh salah seorang pemilik Chery Eastar 2.4 dimana kenderaannya adalah masih sebuah kenderaan standard menunjukkan rekod kelajuan Chery Eastar 2.4 boleh mencecah kelajuan melebihi 200 km/ j.


9) dalam nampak mewah berbanding pesaing- pesaingnya. Sila lihat di bahagian Interior di bawah ini. Cumanya kombinasi warna kurang bijak.


10) enjin Mitsubishi adalah enjin yang amat - amat familiar dengan mekanik- mekanik di Malaysia. Ia termasuklah enjin Mitsubishi 4G64 ini. Bahkan jika anda ke bengkel kereta, mekanik di Malaysia lebih mudah membaiki enjin Mitsubishi berbanding enjin Campro yang digunakan pada Proton. Ini kerana model Proton terdahulu menggunakan enjin Mitsubishi.


11) Memandunya ibarat memandu kereta sedan

Konsep crossover diterapkan dalam merekabentuk crossover ini. Bentuknya sama sebagaimana rekaan MPV saiz sederhana seperti Honda Stream RSZ, Toyota Wish, Nissan Grand Livina, Honda Odysseys dimana ia direkabentuk tidak terlalu tinggi. Oleh kerana itu ia digelar crossover berbanding MPV dimana gabungan SUV, MPV dan kereta sedan bagi mendapatkan ruang seperti sebuah MPV, pemanduan dan keselesaan seperti sedan dan kedudukan poster pemandu seperti di dalam sebuah SUV.


12) Penggunaan minyak amat menjimatkan

Walaupun ia enjin 2400 cc tetapi bagi perjalanan sejauh 550 km, ia hanya menggunakan petrol sebanyak RM 110.00. Bagi perjalanan dengan jarak 350 km pula pada kelajuan purata 120 km/j , kelajuan maksimum 170 km/j ia hanya menggunakan petrol sebanyak RM 70. 00. Begitu juga bagi perjalanan sejauh 690 km pada kelajuan antara 110 km/ j - 130 km/ j, ia hanya menggunakan minyak sebanyak RM 134. 50. Rata-rata penggunaan minyak bagi perjalanan jauh di lebuhraya ( jalan kurang sesak ) adalah antara RM 0.167 hingga RM 0.190/ km. Ia pencapaian yang baik bagi sebuah enjin lama tanpa teknologi seperti MIVEC, CPS, VTEC, I-VTEC, VVT, D-VVT dan sebagainya.

Tambah menarik, anda mampu menggerakkan MPV ini berpuluh - puluh kilometer walaupun di meter box ia menunjukkan minyak hampir kehabisan. Bukankah dengan enjin sebesar 2400 cc, ia terbukti sebagai sebuah MPV yang amat menjimatkan. Malah ia lebih menjimatkan dibandingkan kebanyakan enjin 2.4 L dengan teknologi terkini terutama buatan Jepun dan Korea.

13) kilang pemasangan sendiri ( sekarang menggunakan kilang Oriental Assembler di Tampoi, Johor yang memasang Hyundai Sonata ) akan siap sebelum penghujung 2010. Kilang yang terletak di Pekan itu mampu memasang 100, 000 kenderaan Chery setahun.

Oleh yang demikian apabila siapnya kilang tersebut, spare part dapat diperoleh pada harga jauh lebh murah dan lebih mudah diperoleh. Apapun, buat masa sekarang alat ganti Chery Eastar masih mudah diperoleh pada harga yang amat- amat murah.


14) Graf jualan yang terus meningkat

Chery membuktikan ia mampu untuk muncul sebagai pemain utama dalam dunia automatif walaupun masih dalam usia yang cukup muda. Memulakan operasi pada 1997 dan hanya mula mengeluarkan kenderaan pertama pada tahun 2000 dengan 2, 000 unit kenderaan.

Tahun berikutnya iaitu 2001 pengeluaran ditingkatkan pada 28, 000 unit diikuti 50, 000 unit setahun pada tahun 2002, 90, 000 unit pada tahun 2003, 86, 000 unit setahun pada 2004 dan 188, 000 unit setahun pada 2005.

Tahun 2006 meletakkan Chery antara pengeluar utama di China dengan jumlah jualan setahun berjumlah 307, 232 unit kenderaan. Ini meletakkan Chery sebagai pengeluar tempatan terbesar di China dan berada di kedudukan ke4 di belakang syarikat kerjasama Volkswagen dan GM.

Tahun 2007 pula Chery berjaya meningkatkan jualan kepada 381, 000 unit kenderaan setahun sekaligus mencapai angka jualan 1 juta unit kenderaan dalam tempoh kurang 7 tahun. Pencapaian ini adalah lebih baik berbanding mana-mana pengeluar kenderaan baik negara Jepun, Korea Selatan mahupun Malaysia di Asia sehingga waktu tersebut.

Apapun pada tahun 2008 angka jualan Chery merosot kepada 356, 000 unit kenderaan setahun berikutan krisis ekonomi dunia. Namun, pencapaian Chery pada tahun 2008 adalah lebih baik dibandingkan prestasi kebanyakan pengeluar kederaan di dunia.

Tahun berikutnya iaitu 2009 adalah tahun tuah bagi Chery apabila jualan pada 2009 merekodkan peningkatan 40.5% berbanding tahun sebelumnya dimana Chery mencatatkan angka jualan 508, 500 unit kenderaan setahun. Pada tahun ini iaitu tahun 2010 Chery meletakkan sasaran angka jualan minimum 700, 000 unit kenderaan setahun berikutan pengenalan 17 model barunya dibawah 4 jenamanya iaitu Riich, Rely, Karry selain Chery. Chery juga berkeyakinan angka jualannya boleh mencecah sehingga 900, 000 unit pada tahun ini berikutan angka jualan suku pertama 2010 yang amat memberangsangkan.

15) khidmat lepas jualan

Anda diberikan 3 tahun jaminan bagi alat ganti Chery Eastar 2.4. Senarai pusat - pusat servis Chery Alado boleh anda lihat di sini.

16) aspek keselamatan

Chasis Chery Eastar 2.4 dibangunkan oleh Lotus Engineering, syarikat milik penuh Proton yang terkenal dalam pembangunan chasis, handling nya dan pembuatan kereta sport. Kenderaan sport kebanggaan Jepun iaitu Nissan GTR juga mendapatkan pertolongan lotus dalam pembangunan chasisnya. Mungkin oleh sebab chasis dibangunkan Lotus, Chery Eastar berjaya melepasi standard NCAP yang sama taraf dengan Euro NCAP Crash standard dan mendapat 4 star. Rating maksimum adalah 5 star. Sebagai perbandingan, proton Impian ( Proton Waja ) mendapat 3 star bagi ujian ini. Ia membuktikan Chery Eastar 2.4 adalah MPV selamat untuk keluarga anda. Untuk makluman, Euro NCAP adalah NGO yang hanya menjalankan ujian crash test untuk kereta yang dijual di Eropah dimana mereka akan membeli kereta tersebut di kedai sebelum mengujinya. Oleh sebab itulah, Chery mendapatkan pengiktirafan daripada badan yang menjalankan ujian crash test menggunakan standard sama seperti Euro NCAP.

Air bag dalam Chery Eastar pula adalah dibekalkan oleh pengeluar alat keselamatan kenderaan terbesar di dunia. Untuk itu anda tidak perlu risau mengenai aspek keselamatan kenderaan ini. .

17) Kemampuan mengangkut beban

Chery Eastar berkemampuan mengangkut beban sehingga 2030 kg. Ia lebih baik berbanding Toyota Wish 1.8 x ( A ), Honda Stream, Honda Stream RSZ dan Proton Exora.

Kemampuannya mengangkut beban hanya kurang 195 kg berbanding Toyota Estima yang mempunyai saiz yang lebih lebar, tinggi dan panjang.


18) Kadar interest pinjaman bank lebih rendah berbanding kereta nasional

Anda ditawarkan kadar interest 3.5% oleh bank. Bahkan jika anda bernasib baik mungkin anda akan mendapat interest bank pada kadar hanya 3 %. Bahkan sebelum bulan April 2009, pembeli Chery Eastar rata- rata menikmati kadar interest antara 2.1% - 2.85 %. Hanya selepas Proton Exora dilancarkan, bank negara mengarahkan bank- bank menaikkan kadar interest kepada 3.5% yang pada fikiran saya bagi melindungi Proton Exora yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat milik kerajaan iaitu Proton.

Sebagai perbandingan, pembeli kenderaan nasional seperti Proton Exora dikenakan kadar interest minimum 3.65%.



CHERY EASTAR 2.4


Gambar- gambar di bawah ini adalah Chery Eastar tanpa sebarang modified. Ini bermaksud gambar- gambar dibawah ini adalah wajah sebenar Chery Eastar tanpa sebarang pengubahsuaian.




di China ia dijual di bawah 2 jenama iaitu Chery dan Rich ( salah satu dari 3 jenama milik Chery )








VERSI LENGKAP DENGAN BODYKIT



Ini pula rupanya selepas dimodified ( ditambah skirting dan spoiler ). Pilih je style mana anda suka. Kos buat skirting, spoiler dan cat hanyalah RM 1, 200. 00 - RM 1, 500.00 .Ekzos pula antara RM 200. 00 - RM 220.00






Amacam. Menarik tak ???

Fesyen di atas sesuai pada mereka yang ingin MPV mereka nampak mewah.

Bagaimana pula dengan fesyen yang ini





yang atas ni bagi yang minat style aerodenamik. Look like MPV jepun dan sesuai pada pemilik berjiwa muda.

seterusnya

fesyen di bawah ini juga sesuai pada mereka yang inginkan sebuah MPV yang kelihatan mewah ala VIP




bawah ini pula sesuai untuk mereka yang berjiwa muda





banyak style modified skirting dan spoiler anda boleh lakukan. Gambar- gambar di atas hanya sebahagian kecil sahaja.


dan

untuk bahagian belakang, aku lebih suka style macam ini. Nampak macho bila kereta- kereta follow MPV kita dari belakang





INTERIOR






ini pula bahagian dalamannya. dengan harga RM 82, 888. 00 ( oleh kerana versi CKD iaitu dipasang di Malaysia, sebahagian besar cukai dapat dielakkan ), rekaan interiornya bagi saya lebih cantik dan nampak mewah berbanding Nissan Grand Livina, Proton Exora, Naza Citra dan Produa MPV ( daihatsu boon luminas ). Apa sekalipun Chery mestilah meningkatkan kualiti plastik yang digunakan, menggunakan tekstur warna hitam supaya lebih nampak mewah, putih ataupun biege.




ini pandangan bahagian dalam dari sisi kiri



pandangan dari atas. Nampak mewah bukan ???






cukup luas bukan untuk orang dewasa sekalipun.

Ini pula ruang letak barang dalam Chery Eastar






ruang letak barang yang amat luas bukan, apatah lagi jika kerusi barisan ke2 dan ke3 tidak digunakan sebagaimana gambar di atas





Pintu depan



Pintu belakang




Cukup besar untuk menyimpan gadjet anda



salah satu daripada 6 speaker



ruang letak gadjet/ barang di kerusi barisan ke 3






BAGAIMANA PULA DENGAN INTERIOR MPV LAIN ?




Interior Citroen Picasso. Ia dijual pada harga RM 169, 029. 00 di Malaysia



Toyota Estima recond tahun 2006. Walaupun recond, ia dijual pada harga RM 208, 000.00 di Malaysia



Nissan Grand Livina



Honda Stream RSZ



Produa MPV ( di Jepun dikenali sebagai Daihatsu Boon Luminas )




Proton MPV Exora



Toyota Wish 1.8 x ( A )



Toyota Innova 2.0


Toyota Wish 2009 ( belum masuk pasaran Malaysia )


Sungguhpun interior di atas lebih cantik sesetengahnya berbanding Chery Eastar, apapun dengan pakej harga yang ditawarkan di Malaysia bolehlah dikatakan interior nya tidak ketinggalan jauh berbanding MPV di atas dari segi rekabentuk interior. Apa yang menarik di waktu malam lampu speedometer nya kelihatan amat cantik.

BUNYI MACAM PERFECT SAJA KERETA NI..

JADI, APA YANG KURANG ????




Ini adalah sebahagian kelemahan MPV ini yang dapat saya kenalpasti


1) nilai jual semula yang mungkin rendah. Almaklumlah barangan Made In China kan. sudah semestinya nak jual nanti tak laku. Samalah seperti anda membeli kereta jenama Kia, Naza, Proton dan Produa. Apapun bagi saya, kereta bukan satu pelaburan. Kalau nak beli kereta yang semakin naik harga carilah kereta antik.


2) tak glamour oleh kerana bukan jenama digemari di Malaysia.

Tetapi cuba fikir jika Chery Automobile berjaya beli gergasi Volvo ??? Sudah tentu nilai jenama Chery akan meningkat dengan ketara.

Lagipun dengan pembukaan kilang pemasaran di Pekan Pahang yang mampu memasang sehingga 100, 000 kenderaan Chery setahun, saya yakin Chery akan menjadi salah satu jenama pilihan rakyat Malaysia.

Tidakkan anda terfikir China akan mengambilalih kedudukan Jerman, Amerika dan Jepun sebagai pengeluar kenderaan di dunia dalam masa 5-7 tahun akan datang.

Selain Chery cuba mengambilalih Volvo,

tidak pernahkan anda dengar

MG Rover kini dimiliki oleh SAIC, syarikat yang bertapak di China dan dimiliki rakyat China ?

Hummer salah satu jenama kebanggaan Amerika sudah dimiliki oleh sebuah syarikat automatif China ???

Opel akan dibeli oleh sebuah firma automatif China ???

dan terbaru ada ura-ura BYD akan membeli jenama super premium Daimler iaitu Maybach, abang kepada Mercedesz Benz.

Honda, Ford, GM, Volkswagen, BMW sedang membina kilang pengeluaran di China bagi pasaran eksport ???

Jadi menjelang 2012, sekalipun anda menggunakan BMW berkemungkinan ia adalah BMW " made in China "


3) guna timing belt dan tak guna timing chain. Apapun, kereta proton pun masih guna timing belt kan. Lagi pun kan lebih mudah lebih murah kalau ada masalah walau kena kerap gantikan yg baru berbanding timing chain. Kelebihan timing belt juga enjin akan lebih senyap dan baik untuk meningkatkan jangka hayat enjin. Jika enjin yang menggunakan timing chain senyap, ia bukan sebab timing chain senyap, sebaliknya penyerap bunyi yang digunakan membantu menyerap bunyi bising daripada timing chain.


4)Interior nya kurang cantik.

Tombol gearnya saya kurang gemar kerana tidak dibalut dengan sarung kulit dan lain- lain agar nampak lebih cantik. Apapun masalah ini boleh diatasi.

Saya juga kurang menggemari rekaan meter box atau speedometer nya di mana diletak di tengah2 bukan di hadapan kerusi pemandu. Apapun sekali lagi secara peribadi, ia bukan masalah besar.


5) blower air cond di bawah kaki

Bagi saya ini kelemahan ketara MPV ini oleh kerana blower air cond nya diletakkan di kaki. Bagaimana jika banyak habuk masuk ke dalam blowe air cond. Walaubagaimanapun air cond MPV ini amat- amat sejuk sekalipun anda di 3rd row seat. Cuma anda memerlukan sedikit masa iaitu kira-kira 5 minit - 7 minit untuk memastikan 3rd row seat betul - betul sejuk.


6) pandangan belakang tak cantik

Apapun masalah ini boleh diatasi dengan memasang bodykit. Apa yang menakjubkan selepas dipasang bodykit ia nampak sungguh cun dan menawan bahkan secara peribadi lebih menawan berbanding kebanyakan MPV.


7) ekzos yang tak cantik

Apapun masalah ini dapat diatasi dengan hanya menukar ekzos baru. Harga ekzos hanya RM 200.00 dan anda akan mendapat ekzos yang boleh dikatakan cun dan menawan.


8) sport rim tak cantik

Apapun kebanyakan MPV pun mempunyai sport rim yang tak cantik. Just tukar baru kalau ada duit. Lagipun kalau tak tukar sekalipun, bukan hodoh pun. Cuma kurang cun aja.


9) Bunyi enjin kuat sikit

Tak kisahlah bunyi kuat sikit pun.. Janji bila atas jalan berkemampuan fight MPV mewah macam Honda Odyssesys, Mitsubishi Grandis, Toyota Alphard, Toyota Estima, Nissan Elgrand dan lain- lain. Perlu gunakan penyerap bunyi yang lebih baik.



MASIH BELUM YAKIN DENGAN PENGELUARAN CHERY ???



sila tonton VIDEO ini baik- baik Ia mengenai kilang pengeluaran chery di China..

Pasti anda kagum dan persepsi anda terhadap barangan China akan berubah..

Jadi..

SILA KLIK DI SINI

http://www.chery-vertex.com.sg/


dan setelah itu CLICK ” Chery Video ” di bahagian kiri laman ini ( chery-vertex.com.sg )

Lihatlah bagaimana robot - robot yang begitu banyak lagi berteknologi tinggi digunakan dalam mengeluarkan kenderaan- kenderaan Chery.



RUJUKAN


1) Chery Community Club

2) Chery MPV Community

3) sgcarmart.com

4) chery international.com

5) 4g64 forum

6) chery-vertex.com.sg

7) show us your bodykit

8) chery easter testimony

9) dan lain- lainlah

anda boleh membuka link- link rujukan yang saya sertakan di atas sebagai bacaan tambahan sebelum membuat keputusan membeli MPV anda.



12 comments:

  1. slm bro,
    boleh suggest kedai yg boleh tambah accessory macam DVD,LCD,Reverse Camera, Bodykit (PU), Leather seat & Tinted, door visor untuk mpv ni.thanks.

    ReplyDelete
  2. Slm bro,
    Aku memang minat kat kerta chery easter.. mula2 aku tengok dari atas hingga tepi wow.. kebetulan kat showrom, kreta mainan anak aku jatuh kat bawah chery.. cansel aku nak beli.. tank minyak dia jejak bumper jalan ooo.. bahya ooo.. atas je cntik.. singkat bawah kain outttt... tak caya ckap aku ko orang ngandap aaa..

    ReplyDelete
  3. tq 4 d info
    sy mmg tgh tunggu chery eastar nih
    loan dll dh setel ..

    sy buat perbandingn dgn Exora masa nk beli tuh

    but ada my relative yg tak sokong sbb Eastar nih buatan china
    dia bandingkan dgn henpon dia yg buatan cina .. rosak sekejap jer
    sy punya la susah hati then nasib baik jumpa blog nih

    so confirm lah ..
    my heart sticks kat chery ..

    ReplyDelete
  4. dah letak booking utk Chery ;-)

    ReplyDelete
  5. booked petang tadi...anak 1 1/2 terus duk kat seat pemandu, minta tolong kat ibunyer utk letak dia kat ctu ;-)

    ReplyDelete
  6. nak tanya, Setangki penuh chery berapa liter? & boleh pegi berapa jauh km dengan setangki penuh?

    ReplyDelete
  7. nak tanya sikit,, saya ni pakai ce 2.4 ingat nak ganti absober sport ejtble ,,apa kereta yang boleh masuk.. tengok sekali macam obsober wira aje,, boleh ke

    ReplyDelete
  8. boleh tak modified pasang rear air cond kat chery
    eastar.kalau ada kat mana ya.saya kat jb

    ReplyDelete
  9. for the info.... chery 2.4 bukan lg mggunakan enjin mitsubishi... first model 2.0 aje guna enjin mitsubishi. model 2.4 guna enjin bocsh. pengeluar enjin yg sama untuk kenderaan jenama LMG, kreta china masuk malaysia dan skrg dah lenyap dari muka bumi malaysia. saya dah cuba ,model 2.4 ni, sangat xpuashati enjin nya n transmisi n kuat minyk! untuk body n dalamn ok la. tapi enjinnya masih xconfiden, sebab bleh kata mcm kreta klon la. enjin dbuat oleh pengeluar yg xde kluar kreta sendiri. first model pun guna enjin model lama 16valve single cam, enjin sama pada proton perdana 1st model. tapi ok lg la sbb enjin mitsubishi berbanding enjin skrg 2.4 yg xtau la ape penyakitnya n jgkaan tggungan kos yg tggi klu dia dah start buat ragam mcm enjin kreta kia. sekadar pandangn berdasarkn secebis pengalaman. tq

    ReplyDelete
  10. Cukai Jalan utk 2.4cc melebihi rm700!! Kalau 1.5-1.6cc jauh lebih jimat..

    ReplyDelete
  11. Semua review dalam blog ni is full of 'crap' dan tak tepat langsung!!
    Semuanya ibarat SYOK SENDIRI dan tak informatif!!
    Blog ni hanya menunjukkan penulis memang tak pandai langsung tentang dunia automotif dan engineering.....sebagai contoh bila masa Chery pegi beli Volvo???Bukankah Geely holding yang beli??tak ada kena mengena dengan Chery...
    Conclusion saya....penulis hanya nak sedapkan hati pasal dah 'ter'beli kereta Chery yang memang tak guna ni!!!
    Good Luck

    ReplyDelete
  12. Lagi satu!!!Harap blogger tolong ubah!!
    Chasis Chery memang tak pernah dibangunkan oleh Lotus a.k.a Proton langsung!! Period!!
    Exora memang ya.....so dari segi aspek keselamatan Chery tak ada kena mengena dengan Lotus Engineering OK!!

    ReplyDelete