Sunday, May 2, 2010

Boleh percaya ke dengan kereta jenama automatif dari China ?

Itulah soalan paling famous yang ditanya rata2 rakyat Malaysia kepada pembeli Chery Eastar.

Untuk meyakinkan anda,

saya kemukakan hujah- hujah berikut


1) Chery Eastar walaupun produk China tetapi ia direkabentuk oleh firma rekabentuk terkemuka Itali iaitu Pininfarina yang juga telah merekabentuk kereta hebat seperti Ferrari, Lamborghini, Audi dan Alfa Romeo. Oleh sebab itulah jika anda perhatikan bahagian depannya, ia hampir mirip kepada Audi Q7 yang dijual di Malaysia pada harga RM 6xx, xxx. 00 - RM 7xx, xxx. 00. Juga mirip kepada 2 wagon audi iaitu Audi RS4 Avant dan Audi RS6 Avant yang pada hemat saya belum kelihatan di atas jalan raya negara Malaysia kita sayangi.


2) Chasis Chery Eastar 2.4 telah direkabentuk oleh Lotus, iaitu salah satu pengeluar kereta sport terkemuka di Eropah malahan cukup popular namanya di Malaysia. Oleh kerana itu Chery Eastar telah berjaya melepasi Euro NCAP Crash standard dan mendapat 4 star. Rating maksimum adalah 5 star. Sebagai perbandingan, proton Impian ( Proton Waja ) mendapat 3 star bagi ujian ini. Ia membuktikan Chery Eastar 2.4 adalah MPV selamat untuk keluarga anda.

Sebagai tambahan, ia juga dilengkapi dengan air bag dan apa yang menariknya air bag nya dibekalkan oleh pengeluar alat keselamatan kenderaan terbesar di dunia. Untuk itu anda tidak perlu risau mengenai keselamatan kenderaan ini. Bahkan jika anda meragui besi keluli kereta ini, cubalah anda ketuk kereta ini dan kemudian ketuklah mana- mana kereta Proton dan lihatlah mana lebih berkualiti.


3) Chery Eastar baru berusia 12 tahun. Ia ditubuhkan pada tahun 1997. Sungguhpun begitu, ia berjaya mengeluarkan 1, 000, 000 keretanya dalam tempoh lebih singkat berbanding mana- mana pengeluar kenderaan dari Jepun dan Korea.

Manakala dalam pembinaan enjin, ia mula membangunkan enjin sendiri pada tahun 2004. Dalam tempoh hanya 5 tahun, ia telah mempunyai 19 model enjin ACTECO ( kerjasam Chery - firma Austria ) dari kapasiti 800 CC hinggalah 4000 CC, daripada L3 hinggalah V8 dan daripada diesel hinggalah gasolin. Bahkan ia berjaya mencipta kereta elektriknya sendiri.

Enjin ACTECO telah diakui enjin berkualiti dan menjimatkan minyak apabila Fiat iaitu gergasi automatif dunia menempah lebih 100, 000 enjin ACTECO untuk dipasang pada kereta Fiat bagi pasaran antarabangsa termasuk China sendiri.

Untuk makluman, sehingga kini Chery Eastar telah berjaya mengeluarkan hampir 40 model daripada compact car, MPV, SUV hinggalah kepada kereta mewah limosin walaupun baru berusia 13 tahun dan mengeluarkan kereta kurang 10 tahun .


4) China mempunyai 19 pengeluar kenderaan, dengan 90% model kereta seluruh dunia boleh didapati di China. Kereta- kereta import di China tidak dikenakan cukai yang terlampau tinggi sebagaimana Malaysia. Ini bermaksud persaingan di China amat sengit sekali. Walaupun begitu, Chery Eastar berjaya menjadi antara MPV paling laris jualannya di China. Bahkan MPV ini telah dianugerahkan sebagai MPV of The Year di China.


5) Chery Autombile telah berjaya muncul di ranking ke5 dunia dari segi jualan pada tahun 2009 ( januari - mei ) . Ia adalah pencapaian membanggakan bagi pengeluar kenderaan berusia 12 tahun


6) Chery Automobile juga dalam proses membeli firma Gergasi Volvo iaitu kenderaan mewah yang diiktiraf paling selamat di dunia. Ia bermaksud, Chery Automobile mempunyai sumber kewangan yang amat kukuh di saat gergasi automatif lain seperti GM ( no 1 dunia ), Ford, Mitsubishi di ambang muflis.


7) Chery Automobile di usia 12 tahun telah berjaya menembusi lebih 70 buah negara di dunia dengan jualan kenderaan export melebihi 400, 000 unit. Ia termasuk negara maju seperti Amerika, Jerman, Singapura, Dubai, Rusia ( negara berpengaruh ), Australia dan lain- lain. Di Amerika ia berkerjasama dengan gergasi automatif dunia, Chrysler yang memiliki jenama hebat seperti Jeep, Dodge dan Chrysler sendiri. Melalui kerjasama ini, Chrysler yang pernah memiliki firma gergasi Mercedesz Benz dari Jerman akan mengedar kenderaan keluaran Chery ke negara- negara seperti Amerika, Amerika Selatan dan Eropah dengan menggunakan jenama Jeep, Dodge atau Chrysler.


8) Chery Automobile juga telah mempunyai kilang pengeluaran dan pemasangan di luar China iaitu 9 kilang semuanya termasuk di Rusia, Turki, Malaysia ( akan siap menjelang hujung 2009 di Pekan, Pahang ) dll selain 2 kilang di China yang mampu mengeluarkan lebih 500, 000 kenderaan setahun dengan teknologi robot moden dan terkini.


9) Chery Automobile di China mempunyai lebih 1400 tenaga profesional dan separa profesional di Jabatan R&D nya ( research and developement )

Apa yang lebih menarik, sebahagian besar tenaga R&D nya adalah mereka yang mempunyai pengalaman dan latar belakang cemerlang dalam dunia pemotoran. Majoriti tenaga di bahagian R&D nya adalah bekas eksekutif dan eksekutif kanan teknikal di gergasi pemotoran seperti Mitsubishi, Ford dan lain- lain syarikat pemotoran di Amerika, Eropah dan Jepun.


10) jenama2 berpengaruh dunia seperti BMW, Volkswagen, Honda, Ford dan lain- lain juga sedang membina kilang pengeluaran di China. China akan dijadikan pusat pengeluaran kenderaan- kenderaan yang saya sebutkan tadi bagi pasaran eksport. Untuk itu, menjelang tahun 2011, BMW, Honda, Volkswagen, Ford yang dibawa masuk ke Malaysia adalah kereta " made in China ". Ia sempena mengambil kelebihan kos buruh yang murah di China, dasar mesra pelabur, mudah mendapatkan bahan mentah berkualiti pada harga rendah, pekerja berkemahiran dan lain- lain.

Untuk makluman pada hari ini, 70% jenama- jenama popular yang dijual di dunia ( barang original - asli ) seperti HP, Compaq, Sony, Adidas, Nike, Nikon adalah " made in china ".


11) Industri automatif China diletakkan di bawah menteri yang mempunyai pengalaman berpuluh - puluh tahun dalam industri automatif dan pernah menjawat jawatan penting dalam bahagian teknikal dan pengurusan di firma- firma gergasi automatif dunia.


12) China sedang mengambil alih kedudukan Jepun sebagai kuasa ekonomi no2 dunia dan no1 Asia. Dijangka sebelum 2010, China akan mengatasi Jepun sebagai kuasa ekonomi no1 di Asia dan No2 dunia.


13) lebih 60% barang yang dijual di hypermarket terbesar dan no1 dunia, Wall Mart adalah barang2 made in chine ( original ). Malahan ia termasuk barangan yang dijual di hypermarket Wall Mart di Amerika. Untuk makluman, Wall Mart adalah pengasas konsep hypermarket di dunia di mana kita dapat membeli semua keperluan di bawah satu bumbung

No comments:

Post a Comment