Sunday, May 2, 2010

Kemudahan jentera, mesin dan peralatan di kilang Chery di China

Chery mempunyai 2 kilang pengeluaran kenderaan di China dan 9 kilang pengeluaran/ pemasangan luar negara. Kilang pengeluaran dan pemasangan luar negara Chery termasuklah di Rusia, Turki, Malaysia ( dalam pembinaan ), Amerika ( dalam perancangan ) dan lain- lain. Kilang pengeluarannya di China pada kini berkemampuan mengeluarkan sehingga 500, 000 kenderaan setahun dan Chery juga dalam proses membesarkan lagi kilangnya bagi memenuhi pertambahan permintaan terhadap kenderaan keluarannya.

Di bawah ini saya sertakan gambar- gambar dan video mengenai kemudahan, peralatan dan robot yang terdapat di kilang Chery bagi meyakinkan anda bahawa Chery walaupun syarikat China tetapi mempunyai kilang pengeluaran setaraf jenama- jenama unggul lain di dunia.




Nadi kepada penciptaan produk- produk keluaran Chery. Ini adalah pusat penyelidikan ( R&D ) Chery Automobile. Untuk makluman, di pusat ini terdapat lebih 1400 staf teknikal yang kebanyakan mereka merupakan bekas eksekutif di gergasi automatif terkemuka dunia.


salah satu kilang pengeluaran Chery Automobile di China. Ia berkeupayaan mengeluarkan sehingga 500, 000 kenderaan setahun



ribuan kenderaan keluaran Chery



kilang enjin Chery Automobile





gambar- gambar di atas adalah pemeriksaan yang dilakukan pekerja Chery ke atas enjin Chery



salah satu daripada 19 enjin yang dibangunkan oleh Chery Automobile. Chery Automobile mula membangunkan enjin pertama pada tahun 2004. Chery telah membangunkan enjin dari enjin kapasiti 800 cc hinggalah kepada 4000 cc, enjin sekecil L3 higgalah kepada sebesar enjin v8 dan daripada diesel hinggalah gasolin. Apa yang menarik, Fiat telah menempah lebih 100, 000 unit enjin buatan Chery.

















gambar- gambar di atas adalah pemandangan di dalam kilang milik Chery Automobile di China




kenderaan Chery sebelum dicat



kereta chery sedang dicat




diperiksa selepas dicat


No comments:

Post a Comment